Kenal Page

KENALI BUKU TADIKA ONLINE

| English | Laman Utama | Maklumat Pesanan | Hubungi kami  | Tadika Online |
  
    

Sejarah Ringkas Buku Tadika Online

Buku Tadika Online tercetus dari idea tadika-online.com, yang mana tadika-online memberikan khidmat maklumat terkin, manakala kami memberikan perkhidmatan barangan yang diperlukan oleh ibu bapa dan pusat tadika dan taska.

Perkhidmatan ini dikendalikan oleh sebuah syarikat yang bernama Perkhidmatan Ansar, yang memberikan khidmat runding nasihat tentang tadika dan juga sebagai pembekal perlatan, alat bantu mengajar dan buku kepada sekolah tadika dan taska.
Perkhidmatan Ansar telah ditubuhkan pada tahun 1996.

Perkhidmatan Online Kami

Kami baru sahaja bermula dengan khidmat online ini dan masih banyak laman yang sedang dibina.

Kami minta maaf keatas segala kekurangan dan kami mempelawa terbuka hati menerima teguran dan komen membangun dari para pelawat web kami.
Memandangkan kami masih dalam proses membangunkan laman web, kami tidak menjalankan amalan e-commerce sepenuhnya. Buat masa ini kami masih mengendalikan secara lama iaitu pesanan dan transaksi melalui pos, cek, kiriman wang, dan sebagainya. Hanya setelah siap semua laman, barulah kami akan memuatkan cara pembelian shopping cart dan bayaran online, sepertimana yang diamalkan olehkebanyakan syarikat dot com.

Misi Kami

Perkhidmatan Ansar memberikan komitmen dan menyediakan barangan berkualiti, terbaru dan khidmat yang cepat.

 

E-mail Kami

Jika ada sebarang pertanyaan atau komen? bukutadika@tadika-online.com

Alamat dan Telepon

Perkhidmatan Ansar
1 Jalan Kemajuan 21
Taman Universiti
81300 Skudai
JOHOR Darul Ta'zim
Tel: 019 360 6662